15 Jun 2022 - Rakan Muda Comfort Room ialah inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan, untuk membantu golongan remaja dan belia, bagi mengendalikan masalah kesihatan mental.

Program bermula 15 Jun 2022, terbuka kepada semua belia-belia di negeri Perak.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh program ini:
- Saringan Kesihatan Mental
- Taklimat Kesedaran
- Sesi 'Peer Group'
- Sesi Kaunseling
- Sesi Intervensi

Pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bertempat di Kolej Komuniti Chenderoh.
Program akan dikendalikan oleh Pakar Kesihatan Mental yang bertauliah.
Program dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti Chenderoh.
Rakan Stategik : Kolej Komuniti Negeri Perak, Hospital Bahagia Ulu Kinta & Jabatan Kesihatan Negeri Perak