home button

Perak

IPOH 12 Mei 2022- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menerima pasukan auditor seramai 2 orang dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak diketuai En. Aminuddin Bin Ramli, Penolong Pengarah Pejabat KPKK Negeri Perak.

Tujuan inspektorat keselamatan pelindungan jabatan adalah untuk meningkatkan komitmen Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi selaras dengan Dasar Keselamatan Pelindungan sebagimana termaktub dalam peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

TELUK INTAN, 10 MEI 2022- SESI LAWATAN DELEGASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) KEPADA Kelab Belia Teraju / Teraju Agro Centre - TAC

Lawatan yang diadakan pada hari ini bertujuan untuk melihat sendiri usaha yang dibuat oleh KBT/ TAC dalam memajukan pertanian sebagai sebahagian kesinambungan dari Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara bulan lalu.
 
Delegasi UPSI yang hadir diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohd Asri Mohd Nor, Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi turut disertai oleh Dr. Nurul Fadly Habidin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dr. Sharul Effendy Janudin, Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan serta Dr. Mad Ithnin telah menerima taklimat dari Encik Ameer Hamzah Abdullah Chek, Pengerusi KBT serta Encik Syaiful Samudi selaku Pengurus Besar TAC.
 
Melalui pembentangan dan perbincangan yang telah dijalankan, beberapa inisiatif dan cadangan turut disampaikan dimana pandangan tersebut bakal membuka laluan kepada kerjasama kedua dua pihak pada masa akan datang. Para delegasi turut dibawa melawat ke Kawasan Tanaman Cili TAC sebelum mengakhiri sesi lawatan mereka.
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak

AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

MAJLIS KHATAM PROGRAM BELIA PERAK
 
17 April 2022 – Ahad,Selama .Majlis Khatam Program Belia Perak anjuran Majlis Belia Daerah Selama telah dijalankan dengan jayanya di Masjid Al-Khairiyah Masjid Rantau Panjang yang melibatkan perserta seramai 20 orang terdiri daripada golongan belia di sekitar daerah Selama.
 
Objektif program ini adalah untuk mengajak golongan belia dalam mengimarahkan masjid melalui aktiviti bertadarus serta dapat merapatkan hubungan diantara masjid bersama golongan belia.
 
Program ini dihadiri oleh Sdra Wan Afiq Bin Wan Aris Fathillah Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak merangkap Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPK).Terima kasih kepada semua jawatankuasa masjid serta masyarakat setempat yang membantu menjayakan program ini.
Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan melaksanakan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 23 Oktober 2021 (Sabtu) bertempat di Hotel Tower Regency Ipoh Perak. Pelbagai perkhidmatan akan disediakan melibatkan khidmat nasihat dan perkara-perkara yang berkaitan tadbir urus badan sukan. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS. Pastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi sepenuhnya bagi mengekang penularan wabak Covid-19.