RAUB, 5 Julai - MSL2022 Peringkat Negeri Pahang Membuka Tirai dengan penganjuran acara pertamanya iaitu Futsal (Lelaki dan Wanita). Sebanyak 22 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita yang terdiri daripada Johan serta Naib Johan setiap daerah mula berkampung di Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub bermula petang, 1 Julai 2022 di mana taklimat bagi pengurus-pengurus pasukan turut diadakan sebelah malamnya. Bermula jam 8.00 pagi gelanggang kejohanan dibuka, maka tirai MSL2022 Peringkat Negeri Pahang juga telah dibuka secara rasminya. Rata-rata pasukan telah mempamerkan aksi-aksi menarik dalam usaha untuk merebut kejuaraan kejohanan. Majlis Perasmian MSL2022 Peringkat Negeri Pahang telah dirasmikan oleh YB Dato Abd Aziz Haji, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap ADUN Batu Talam. Majlis Perasmian begitu meriah dengan perbarisan kontinjen-kontinjen daerah yang bertanding. Beliau turut berkesempatan menyaksikan beberapa perlawanan sebelum majlis bermula. Seusai majlis berakhir, beliau turut beramah mesra dengan pasukan bertanding, para jemputan serta para penonton. Perlawanan seterusnya disambung sebaik majlis berakhir.

#towardshsn2022pahang
 
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang