RAUB, 5 Julai – Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Pahang sempena Malaysia Sports League yang dijalankan di Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Raub telah melabuhkan tirainya pada 3 Julai 2022. Johan Futsal Lelaki telah dimenangi oleh OT Team daripada daerah Temerloh manakala Naib Johan adalah kumpulan Fayyadh FT dari daerah Raub. Tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Pasukan AR FT daripada daerah Jerantut dan TMD FC daripada Daerah Maran. Johan Futsal Wanita telah dimenangi oleh Rodong FT daripada daerah Pekan manakala Naib Johan kumpulan Mambang FT juga dari daerah Pekan. Tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Pasukan Hyper FT daripada daerah Raub dan Crack FT daripada Daerah Rompin. Turut sama hadir memeriahkan kejohanan sebagai panel penilai bagi pemilihan pasukan Futsal Pahang ialah saudara Zulhamizan Zakaria yang merupakan bekas pemain bola kebangsaan. Beliau telah turut sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan bersama-sama Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua!

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali, PBSD Raub
 
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang