ROMPIN, 28 Januari - Lawatan tapak dan perbincangan bagi persediaan awal pelaksanaan MyFit @ Motorsports Kursus Marshall KBS Peringkat Daerah Rompin telah dihadiri oleh Pn. Norsuzila Ernie Zinudin (PBSD Rompin), Encik Muhamad Khairul Hafiz Rabin (Pengurus Kompleks MSN Daerah Rompin) serta Encik Wazi Abdul Hamid (Pengurus MotoWazi). Program ini akan dilaksanakan pada 29 Februari 2022 dengan penyertaan seramai 30 orang belia berumur 18 tahun ke atas. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan permotoran dan membantu meningkatkan pembangunan sukan negara kita. Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin. Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang