home button

Pahang

KRMSA (ROMPIN), 25 November 2020 – Pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) telah menerima kunjungan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang pada 18 November yang lalu. Kunjungan beliau adalah bertujuan untuk membuat pemeriksaan mengejut yang dijadualkan sekurang-kurangnya enam bulan sekali dalam setahun. Pemeriksaan mengejut ini dijalankan bagi memastikan semua kewajipan dan prosedur kewangan yang betul difahami dan diaplikasikan dengan betul selain Ketua Jabatan selaku pemeriksa dapat mengenalpasti kesilapan dan pelaksanaan yang tidak dijalankan di peringkat dalaman serta boleh membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Pelaksanaan pemerikasaan mengejut dijalankan ke atas peti besi, bilik kebal, peti wang tunai, aset bernilai tinggi, bekas-bekas simpanan wang dan setem. Walau bagaimanapun, di KRMSAR hanya terdapat peti wang tunai, aset bernilai tinggi iaitu set ‘walkie-talkie’ dan setem untuk diperiksa dan direkodkan dalam buku Daftar Pemeriksaan Mengejut AP 309. Beliau berpuas hati dengan sesi pemeriksaan mengejut yang dijalankan dan beliau juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan warga KRMSAR di samping dapat menyalurkan maklumat-maklumat terkini berkaitan perkhidmatan dan mengambil maklum isu dan permasalahan di peringkat akar umbi. Pihak pengurusan KRMSAR berbesar hati dengan kunjungan tersebut. Turut hadir dalam sesi lawatan ialah Cik Nik Nor Syahirah Nik Harun, Penolong Pengarah Rakan Muda, JBSN Pahang.

 

Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang

TEMERLOH, 25 November 2020 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Kelab Ketam Peragap Kali Ke-3 Tahun 2019/2020 pada 6 November yang lalu bertempat di ‘Kampungstay’ Desa Murni Kerdau. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh telah dijemput untuk turut hadir bersama-sama dalam mesyuarat ini. Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh telah hadir bersama Encik Naseef Saim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Khairul Hakimin Shariman adalah untuk memilih dan membentuk jawatankuasa yang baru bagi sesi 2020-2022 serta membincangkan perancangan aktiviti tahunan yang seterusnya. Adalah diharapkan agar hubungan baik antara PBSD Temerloh dan Kelab Ketam Peragap terus erat dalam melaksanakan program serta aktiviti dan memartabatkan golongan belia khususnya di daerah Temerloh.

 

Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang

TEMERLOH, 25 November 2020 – Satu perbincangan mengenai hala tuju peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi peserta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, Temerloh Pahang telah diadakan di sini. Perbincangan ini telah dihadiri oleh Puan Siti Sabariah Che Ariffin, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Temerloh, Cikgu Azhar Abdul Aziz, Mentor dan Penggerak ARPRM serta Ustaz Syed Fazhar Syed Omar selaku Pemimpin ARPRM sekolah tersebut. Tujuan diadakan perbincangan adalah bagi memberikan gambaran yang jelas tentang pelaksanaan dan hala tuju Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Selain itu, perbincangan juga melibatkan pengemaskinian data dan maklumat terbaru peserta gangsa, perak dan emas setelah prestasi pelaksanaan ARPRM tertangguh sementara disebabkan PKP COVID-19 April hingga Jun yang lepas.

 

Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh

Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang

JERANTUT, 25 November 2020 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara giat dalam usaha memberi kesedaran tentang aktiviti kesukarelawanan di kalangan belia. Lantaran itu, Program Rakan Muda ‘Day Out’ (RMDO) telah dilaksanakan di seluruh daerah termasuk Jerantut pada 7 November yang lalu. Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 8 telah menjadi lokasi pilihan dalam pelaksanaan program ini. Program ini telah melibatkan pihak sekolah, belia-belia setempat dan penduduk FELDA Jengka 8. Program bermula jam 8.30 pagi, dengan taklimat berkenaan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program di mana ianya lebih menfokuskan kepada menceriakan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat dan membersihkan kawasan sekolah. Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut hadir dalam gotong-royong tersebut bersama para peserta. Turut hadir memeriahkan program adalah Encik Mohd Jamil Daut, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jerantut. Belia-belia yang hadir sangat menyokong penuh pelaksanaan program ini kerana ianya dapat menyemai semangat kesukarelawanan dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

 

Disediakan oleh:- Rihan Bidin, PBSD Jerantut