home button

Pahang

RAUB, 12 Mei – Majlis Khatam Al-Quran Sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Raub 1443H/2022M telah diadakan pada 27 April 2022 yang lalu sekitar  jam 6.00 petang bertempat di Masjid Abu Bakar As Siddiq, Dong melibatkan 23 orang peserta. Majlis telah dibimbing oleh Ustaz Muhammad Amirullah Badaruddin, Imam Masjid Abu Bakar As Siddiq, Dong. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Sagimin, wakil Tuan Qadhi Daerah Raub. Turut hadir, Encik Abdul Ghani Nordin, Pengerusi JKKK Kampung Pasir Bayam, SM Roszi Mohamed, Ketua Balai Polis Dong, Encik Mohd Zohri Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub serta warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub. Acara diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah serta Tarawih dan Witir.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>PBSD Raub

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

BENTONG, 12 Mei – Sewaktu bulan Ramadhan selain diwajibkan berpuasa, kita juga diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi mereka yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan. Kefardhuan zakat fitrah yang dilaksanakan di bulan Ramadan bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa. Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong telah mengambil kesempatan untuk menunaikan zakat fitrah di Kaunter Zakat Fitrah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong selepas mendirikan solat Zohor petang tadi. Kaunter zakat tersebut dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Kadar zakat fitrah negeri Pahang bagi tahun 2022 ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada kadar RM7.00 seorang. Semoga segala amal ibadat, kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh kita Ramadhan kali ini diterima dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

BENTONG, 12 Mei – Rakan Muda Day Out (RMDO) Daerah Bentong Program Memasak dan Mengagih Bubur Lambuk anjuran bersama Persatuan Belia MBFM Felda Lurah Bilut telah diadakan pada 22 April 2022 yang lalu bertempat di D'Bilut Agro Farm. Seramai 40 orang belia telah terlibat bekerjasama menyediakan bahan- bahan dan memasak bubur lambuk tersebut selama 5 jam bermula jam 10.00 pagi. Bubur lambuk yang siap dimasak kemudiannya dibungkus sebelum diagihkan kepada orang ramai di sekitar Lurah Bilut bagi mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti yang berfaedah, program ini juga dapat menggalakkan budaya kesukarelawanan dan meningkatkan amalan bersedekah di kalangan belia. Encik Zulinsan Abd Razak, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong turut hadir memantau pelaksanaan program.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

BENTONG, 12 Mei – Sempena Ramadhan Al-Mubarak, Jawatankuasa Majlis Belia Daerah (MBD) Bentong telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf Badan Amal Nur Zaharah seramai 40 orang sambil beramah mesra pada 26 April 2022 yang lalu di Janda Baik, Bentong. Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat dipimpin oleh ustaz yang bertugas, diikuti pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Jelas terpapar keceriaan di wajah anak-anak yatim dan asnaf ini apabila menerima duit raya tersebut. Encik Mohammad  Izzudin Hamzah, Pengerusi MBD Bentong berharap melalui program seperti ini dapatlah ianya menggembirakan anak-anak yatim dan asnaf sempena Hari Raya Aidilfitri disamping dapat membuat amal kebaikan dan kebajikan dalam bulan Ramadhan.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang