home button

Pahang

JERANTUT,  17 Mei – Majlis Belia Daerah Jerantut (MBD) tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti sukan ketika bulan Ramadan ini. Satu kejohanan futsal telah dilaksanakan, iaitu Futsal Sahur Challenge Belia Jerantut 2022 dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jerantut. Selain daripada mengekalkan kecergasan di bulan Ramadan, aktiviti ini turut bertujuan untuk menyantuni anak-anak muda belia khususnya di daerah Jerantut. Acara dimulakan pada jam 10.00 malam di Gelanggang Serbaguna, Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut. Pihak MBD Jerantut telah menerima penyertaan sebanyak 10 pasukan melibatkan 70 orang peserta. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Jamil Mat Daut, Pengerusi MBD Jerantut. Turut hadir, Encik Mohd Hafizul Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut. Tahniah kepada MBD Jerantut atas kejayaan melaksanakan Futsal Sahur Challenger Belia Jerantut 2022. 

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Rihan Bidin, PBSD Jerantut

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang

BERA, 17 Mei  – Majlis Belia FELDA Wilayah Mempaga telah menganjurkan dua program sempena bulan Ramadan al- Mubarak iaitu Singgah Sahur dan Bubur Lambuk pada 28 April 2022. Program Singgah Sahur berkenaan telah diadakan di Felda Sebertak, Felda Tementi dan Felda Rentam manakala Bubur Lambuk, Iftar & Solat Terawih diadakan di Masjid Felda Bukit Kepayang, Bera. Objektif program bubur lambuk tersebut diadakan bagi meraikan bulan Ramadan dan menghidupkan bulan yang mulia ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dilaksanakan setiap tahun dan disertai hampir 60 orang penduduk disini bermula jam 8.00 pagi untuk sama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Turut hadir semasa Program Bubur Lambuk ialah Encik Mohd Fatkhi Awaludin dan Encik Mohamad Amirul Mohamad Suhaimi wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang

RAUB, 11 Mei 2022 – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Encik Shafrul bin Kadir, Timbalan Pengarah Belia yang telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang baharu dengan menggantikan penyandang lama iaitu Encik Wan Jaimi bin Wan Mustaffa dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang telah dilaksanakan pada di Kompleks Rakan Muda Daerah Raub pada 23 April 2022. Semoga dengan pelantikan beliau sebagai YDP yang baharu mampu memberi impak yang lebih positif dalam melaksanakan pelbagai program di kalangan kakitangan dan dapat memupuk ukhuwah yang lebih erat. Turut didoakan agar amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban, berintegriti dan berdedikasi demi kebajikan kakitangan dan pegawai. Kami terus mendokong penuh aspirasi kelab di bawah pimpinan YDP ke-2. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

 

Disediakan oleh:- Noor Nazurah Nerman, Bahagian Pembangunan Belia

Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

KUANTAN, 12 Mei – Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan Ekonomi Belia yang diadakan di Pulau Pinang pada 22 hingga 24 April 2022 yang lepas. Bengkel yang diadakan bertujuan membuat perancangan tindakan Pegawai Pembangunan Unit Ekonomi di setiap negeri bagi melaksanakan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2022. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta. Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara juga telah hadir dalam menyampaikan amanat kepada Pegawai-Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi seluruh negara. Penutupan Bengkel dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr.Zainah Shariff.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Shahrizan bin Robuan, Bahagian Pembangunan Belia

Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang