home button

Pahang

BERA, 17 Mei  – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera telah mengadakan mesyuarat sempena lawatan YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan ke daerah Bera pada 9 Mei 2022 yang lalu. Mesyuarat berkenaan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Rakan Muda Daerah Bera. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan agenda-agenda yang bakal dilangsungkan pada 29 Mei 2022 akan datang seperti Majlis Perasmian 3x3 Pertandingan Bola Keranjang di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Kerayong, Majlis Perasmian e-Sports serta Majlis Perjumpaan Khas Bersama Pemimpin-Pemimpin Persatuan Belia dan Sukan Daerah Bera serta Ketua-Ketua Pemuda NGOs.  Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.00 petang.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

KUANTAN, 17 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan telah menganjurkan Majlis Iftar Jama’ie Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Kuantan bertempat di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), Balok. Seramai 135 orang terdiri daripada peserta ARPRM, guru-guru maahad tahfiz, dan juga warga kerja PBSD Kuantan telah bersama-sama hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis adalah Dr. Salleh Ramli, Pengarah Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dan juga Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia mewakili Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. PBSD Kuantan telah menyalurkan sumbangan kepada tujuh orang pelajar asnaf dan juga sumbangan kitab bagi tujuan pembelajaran ilmu al-Quran dan  hadis di Maahad tersebut. Slot perkongsian pengalaman oleh Saudara Haziq Hafiz, peserta ARPRM tahap emas Daerah Kuantan sebagai sumber motivasi dan pembakar semangat kepada peserta baharu ARPRM tahap gangsa selesai berbuka puasa.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

KUANTAN, 17 Mei – Seramai 200 orang penduduk di Kampung Padang Perdana, Jalan Sungai Lembing meraikan majlis berbuka puasa dan menyantuni anak-anak yatim bersama YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota bertempat di Surau Taman Kampung Padang Perdana. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Mohd Yusof Md Said, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan selaku wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan, Jawatankuasa Surau serta belia-belia setempat. Kegembiraan jelas terpancar di kalangan anak-anak yatim tersebut yang gembira dengan sumbangan ikhlas yang diberikan bagi meraikan Aidilfitri yang menjelang.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

MARAN, 17 Mei – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Maran telah melaksanakan Majlis Tadarus Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Maran pada 28 April 2022 yang lalu. Majlis tersebut diadakan di Dewan Tun Razak, Sekolah Menengah Agama (SMA) Maran bermula jam 5.00 petang. Seramai 20 orang peserta telah mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran semasa sesi khatam dijalankan. Puan Aminah Murni Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum mewakili Pengetua SMA Maran turut hadir meraikan adik-adik peserta yang berkhatam pada hari tersebut. Turut bersama adalah Puan Nurul Farida Zu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Maran menyampaikan cenderahati untuk pihak sekolah. PBSD Maran mengucapkan tahniah kepada pengurusan SMA Maran atas kesediaan melaksanakan program ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang