home button

Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands telah dikunjungi oleh Encik Mohd Fauzi Haji Ariffin, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok merangkap Pengerusi AKRAB Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dalam kunjungan tersebut beliau sempat bertemu dan beramah mesra bersama dengan warga kerja PBSD Cameron Highlands. Kunjungan yang dijalankan dalam suasana singkat dan mesra itu telah memberikan beliau kepada beliau untuk mengambil maklum hal-hal terkini berkaitan permasalahan serta perkongsian para warga kerja dalam usaha menjadikan suasana kerja lebih ceria, harmoni dan sihat. PBSD Cameron Highlands merakamkan ucapan terima ksih di atas kunjungan serta saranan dalam memastikan suasana kerja dalam keadaan yang baik.

 

Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei – Program Rakan Muda dan Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Daerah Cameron Highlands yang telah berlangsung pada 23 April 2022 yang lalu. Program ini telah diadakan di perkarangan Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Cameron Highlands dengan penyertaan seramai 35 orang dari golongan belia, Jawatankuasa Masjid dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Cameron Highlands. Program berlangsung dalam suasana yang santai dan meriah. Agihan bubur lambuk telah diedarkan di sekitar daerah untuk dinikmati oleh komuniti setempat. Semoga program yang dianjurkan ini dapat merapatkan ukhwah di kalangan para peserta yang menyertai program tersebut.

 

Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

 

CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 27 April 2022 yang lalu . Majlis telah dijalankan di Masjid Abu Bakar,Tanah Rata. Program ini telah mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Masjid Abu Bakar, Tanah Rata dan telah disertai oleh seramai 20 orang golongan remaja daerah ini. Selain daripada mengimarahkan bulan Ramadhan, program ini juga adalah sebagai satu program kerohanian dalam membentuk jatidiri belia melalui pendekatan Al-Quran. Terima kasih kepada semua belia serta individu, komuniti setempat yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Cameron Highlands telah berlangsung di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata pada 2 April 2022 sehingga 27 April 2022. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands dengan kerjasama Majlis Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands dan Jawatankuasa Masjid Abu Bakar Tanah Rata. Program ini telah disertai seramai 20 remaja dari daerah ini. Peserta akan bertadarus mengikut surah-surah yang dipilih sepanjang program berlangsung dengan giliran bacaan ditentukan oleh penyelaras. Para peserta telah memberikan kerjasama yang baik.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang