home button

Pahang

KUANTAN, 18 Mei – Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan telah mewakili telah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Jamuan Hari Raya Wisma Persekutuan Kuantan bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang dan telah dihadiri oleh wakil-wakil setiap Jabatan di Wisma Persekutuan ini. Mesyuarat telah membincangkan berkenaan pelaksanaan Jamuan Hari Raya, sekali gus mengagihkan tugas dan menu kepada semua Jabatan yang hadir untuk direalisasikan pada majlis tersebut.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang

ROMPIN, 18 Mei  – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Daerah Rompin bersama Jelajah Syawal RTM 2022 Bilangan 2 Tahun 2022 telah berlangsung secara virtual bermula pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh YH Dato' Ahmad Nasim Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rompin turut serta memeriahkan Majlis Rumah Terbuka ini dengan menyertai Pertandingan Gerai Tercantik dan turut menyediakan hidangan air panas untuk majlis tersebut. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara agensi kerajaan, badan berkanun dan juga masyarakat setempat khususnya di daerah Rompin. PBSD Rompin akan sentiasa bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen dalam merealisasikan majlis tersebut.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang

JERANTUT,  18 Mei – Kehadiran dan kemeriahan bulan Ramadhan yang lalu tidak menjadi penghalang kepada golongan belia di daerah Jerantut untuk melakukan aktiviti sukan. Lantaran itu, satu Kejohanan Sepak Takraw Sahur Challenge Jerantut 2022 telah dijalankan pada 23 April 2022. Gelanggang Serbaguna Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut menjadi lokasi utama kejohanan ini. Acara bermula pada jam 10.00 malam dan berakhir sekitar jam 3.30 pagi. Kejohanan ini diadakan untuk meningkatkan kecergasan jasmani dan mengukuhkan ukhwah di kalangan pemain sepak takraw di daerah Jerantut. Tahniah kepada pasukan yang berjaya meraih kejayaan dalam kejohanan ini dan membuktikan bahawa walaupun di bulan puasa aktiviti kecergasan terutamanya bersukan dapat dijalankan tanpa masalah.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Rihan Bidin, PBSD Jerantut

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei – Skuad berbasikal bukit telah mengadakan latihan intensif bagi persiapan ke Sukan Sea Kali Ke-31 yang bakal diadakan di Hanoi, Vietnam. Seramai empat orang atlit berbasikal bukit telah menjalani latihan tersebut. Latihan tersebut diadakan di sekitar Tanah Rata dan Kampung Raja. Seramai tujuh orang ahli Kelab Basikal Bukit Daerah Cameron Highlands turut menyertai latihan bersama skuad berbasikal bukit kebangsaan yang menjalani latihan bermula 21 April hingga 27 April 2022. Latihan secara bersama ini dapat memberikan pengalaman kepada skuad berbasikal daerah ini untuk lebih efisien.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Fauzul Abdullah, PBSD Cameron Highlands

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang