home button

Pahang

RAUB, 19 Mei – Satu lawatan tapak ke Gelanggang Bola Keranjang MCA Daerah Raub telah diadakan pada 18 Mei 2022 yang lalu, jam 11.00 pagi. Sesi lawatan tersebut telah dihadiri oleh Encik Najhan Mohamed dan Encik Muhamad Md. Rashid daripada Unit Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Encik Yong Ket Chun, Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Raub, Encik Ku Zamri Ku Yusoff, Pembantu Belia dan Sukan dan Encik Mohd Syahid Lachacok Aris daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Keranjang Raub. Lawatan adalah bertujuan untuk mengenalpasti anggaran kerosakan yang hendak dibaikpulih serta perkara-perkara berbangkit yang lain bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>PBSD Raub

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

RAUB, 19 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub akan menganjurkan Malaysia Sports League (MSL) dimana lima acara akan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton dan bola keranjang. Acara futsal akan berlangsung pada 21 dan 22 Mei ini di Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub. Sesi cabutan undi telah dijalankan dan telah melibatkan sebanyak 32 pasukan yang akan bertanding. Sesi tersebut telah dibuat dijalankan pada 18 Mei 2022 yang lalu sekitar jam jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda Raub. Sesi berlangsung dengan baik dan berakhir pada jam 5.30 petang. Selamat berjuang kepada semua pasukan yang bakal bertanding!

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>PBSD Raub

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

RAUB, 18 Mei – Pada 13 Mei 2022 yang lalu bertempat di perkarangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Raub telah diadakan Majlis Jamuan Aidilfitri Peringkat Daerah Raub. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu telah melibatkan semua 37 Jabatan Kerajaan yang ada di daerah Raub. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub turut sama menyertai dengan membuka 1 ‘booth’ menyajikan makanan. Pelbagai ‘booth’ telah menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional mahu pun moden sempena sambutan Aidilfitri ini. Majlis telah turut diserikan lagi dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KBYTM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda berdua turut mencemar duli melawat dan bermesra dengan semua yang berada di jamuan tersebut. Majlis yang cukup meriah dan mencipta seribu satu kenangan ini telah berakhir sekitar jam 6.00 petang.

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali> PBSD Raub

isunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin Portal JBS Pahang

ROMPIN, 18 Mei  – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Rompin telah berlangsung di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin yang telah dipengerusikan oleh YH Dato' Ahmad Nasim Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin. Taklimat pelaksanaan program ini telah disampaikan oleh Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil  Ahli Parlimen Rompin, wakil ADUN Tioman, wakil ADUN Muadzam Shah, wakil ADUN Bukit Ibam, Majlis Daerah Rompin, Ibu Pejabat Polis Rompin, Jabatan Kerja Raya Rompin, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Badminton, Persatuan Bola Jaring, Persatuan Bola Keranjang, Persatuan Bolasepak Wilayah Pahang Tenggara dan Kelab Sepak Takraw Bandar Rompin. Tujuan mesyuarat diadakan untuk menyelaras penganjuran MSL 2022 Peringkat Daerah Rompin melalui peranan dan kerjasama daripada rakan strategik bagi melahirkan masyarakat berbudaya sukan dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang