home button

Pahang

pic 318
MARAN, 12 FEBRUARI 2020 - Menyedari tanggungjawab memelihara alam sekitar adalah kewajipan bersama, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran mengambil inisiatif berkebun di hadapan kawasan pejabat pada hari Selasa yang lalu. Aktiviti ini bermula waktu pagi dan telah diselaraskan oleh Pembantu Tadbir, Puan Wan Noor Hayati Wan Hassan serta dibantu oleh warga pejabat yang lain. Bermula dengan membuang rumput, membuat susunan petak, meletakkan tanah dengan campuran baja organik dan seterusnya menyemai anak pokok sayur-sayuran seperti sawi, bayam brazil, terung, salad dan kacang bendi. Semoga aktiviti ini sedikit sebanyak menyumbangkan kepada pembekalan oksigen kepada bumi dan juga menambahkan keceriaan Kompleks Rakan Muda Maran. Selain daripada itu, kerja-kerja bercucuk tanam juga merupakan satu terapi diri yang berkesan. Semoga dengan usaha ini PBSD Maran dapat mewujudkan ruangan kerja yang sihat di kalangan warganya.


Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran

Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
pic news maran 3B
MARAN, 12 FEBRUARI 2020 - Satu taklimat ‘Training of Trainer’ kepada Pentadbir Sistem Buku Log Instruktur Senamrobik Se-Malaysia (BLISS) Di Peringkat Daerah dan Negeri Bagi Zon Timur telah diadakan pada 5 Februari yang lalu bertempat di INTAN Kampus Wilayah Timur Kemaman Terengganu. Program yang telah melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu adalah anjuran Unit Kecergasan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran diwakili oleh Pembantu Belia dan Sukan, Cik Nor Aya Sofia Abu Bakar telah hadir bersama 12 orang pegawai lain dari negeri Pahang. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menggantikan penggunaan buku log senamrobik sedia ada serta memudahkan instruktur senamrobik mengemaskini dan mengatur program kecergasan mereka. Ianya bagi mencukupkan bilangan jam kredit yang telah ditetapkan untuk meluluskan mereka mengikut tahap. Diharapkan sistem baru ini mencapai objektif yang ditetapkan dan menambah baik sistem yang digunapakai sebelumnya.


Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran

Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Pic 342

ROMPIN, 12 FEBRUARI 2020
- Satu perbincangan penyelarasan berkenaan aktiviti komponen penempatan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Emas telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin pada jam 10.00 pagi Isnin yang lalu. Terdapat lima buah kampung di daerah Rompin yang telah terpilih sebagai penempatan program ini iaitu Kampung Pantai Bernas, Kampung Gading, Kampung Setajam, Kampung Rantau Panjang dan Felda Selendang 2. Perbincangan telah diketuai oleh Pemimpin ARP JSBN Melaka, Encik Abdul Hafiz Ghauth. Turut menghadiri perbincangan ialah Pegawai Pembangunan Komuniti Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Puan Nor Amira Amalina Che Ibrahim serta wakil-wakil Persatuan Belia Gading Perkasa dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Selendang 2. Semoga aktiviti penempatan yang dirancang pada 6 hingga 10 Mac akan datang yang akan disertai oleh 20 peserta ini berjalan lancar dan dapat melahirkan peserta ARP Emas yang berkualiti dan boleh berbakti kepada masyarakat. Rompin bersedia menerima kedatangan para peserta!


Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina Che Ibrahim
PBSD Rompin

Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Pic 331
CAMERON HIGHLANDS, 17 FEBRUARI 2020 - Lawatan tapak pembinaan Kompleks Sukan Mini Cameron Highlands telah diadakan pada 9 Februari yang lalu di Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highlands. Lawatan ini telah ketuai oleh Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Mohd Faez Othman beserta pegawai-pegawai  dari Bahagian Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang iaitu Encik Najhan Mohamed dan Encik Muhammad Md. Rashid. Turut sama dalam lawatan ini ialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Cameron Highlands, Encik Ahmad Fadzil Ibrahim. Semoga pembinaan kompleks ini dapat direalisasikan dengan segera bagi memberi kemudahan kepada penduduk Cameron Highlands bersukan dan beriadah dengan lebih baik.


Disediakan oleh:-
Khairul Faizi Bin Mohd Radzi
PBSD Cameron Highlands

Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang