home button

Pahang

KUANTAN, 19 Mei - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diwakili oleh dua orang pegawai bagi Seminar dan ‘Outreach’ Anti-Doping sempena Program Jalinan Ukhwah Ramadhan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang telah diadakan pada 28 April 2022 yang lalu. Mereka adalah Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin dan Encik Mohd Sharizan Robuan yang masing-masing merupakan ‘Doping Control Officer’ (DCO). Seminar ini telah dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan ADAMAS, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Keputusan, Ahli Jawatankuasa ‘Therapeutic Exemptions’, Pegawai Kawalan Doping (DCO), ADAMAS ‘Educators’ Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Yayasan Kebajikan Altlet Kebangsaan (YAKEB) dan pegawai-pegawai kanan KBS. Jemputan juga berpeluang beramah mesra dengan Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seminar ini juga memberi ruang dan peluang untuk bersua muka dan berkenal mesra disamping dapat bertukar-tukar pengalaman dalam bidang pengurusan doping ini.

 

Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin &Pentadbir Portal JBS Pahang

KUANTAN, 19 Mei – Mesyuarat Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah diadakan di Bilik Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir dan dihadiri oleh semua pegawai Unit Bahagian Pembangunan Belia. Beberapa perkara yang telah dibincangkan diantaranya adalah perincian program belia yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dan kemaskini takwim program. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik dan NGO’s terlibat bagi memastikan segala perancangan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.

 

Disediakan oleh:- Nor Hazlin Ab Ghani, Bahagian Pembangunan Belia

Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

ROMPIN, 19 Mei  – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Rompin Bilangan 2 Tahun 2022 telah berlangsung di Dewan Seri Ibam, Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam, Kuala Rompin, bermula jam 2.00 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Osman Omar, wakil Pegawai Daerah Rompin. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dalam daerah Rompin termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin yang telah dihadiri oleh Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa dan isu-isu berbangkit bagi pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan bagi daerah Rompin. Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi bergambar bersama semua ahli mesyuarat.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

ROMPIN, 19 Mei  – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin yang telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Kelab Keluarga dan Kebajikan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Pada 17 Mei 2022 yang lalu, Puan Norsuzila Ernie Zinudin telah menghadiri satu Mesyuarat Jawatankuasa Kelab bersama pucuk kepimpinan yang baharu yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang yang telah dipengerusikan oleh YDP yang baharu. Semoga dengan barisan Jawatankuasa yang baharu ini mampu memimpin dan memantapkan lagi pengurusan kelab dengan pelbagai aktiviti dan menjaga kebajikan ahli kelab yang lebih efektif. Syabas dan tahniah diucapkan untuk semua.

#towardshsn2022pahang

 

Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang