home button

Pahang

RAUB, 5 Julai – Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Pahang sempena Malaysia Sports League yang dijalankan di Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Raub telah melabuhkan tirainya pada 3 Julai 2022. Johan Futsal Lelaki telah dimenangi oleh OT Team daripada daerah Temerloh manakala Naib Johan adalah kumpulan Fayyadh FT dari daerah Raub. Tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Pasukan AR FT daripada daerah Jerantut dan TMD FC daripada Daerah Maran. Johan Futsal Wanita telah dimenangi oleh Rodong FT daripada daerah Pekan manakala Naib Johan kumpulan Mambang FT juga dari daerah Pekan. Tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Pasukan Hyper FT daripada daerah Raub dan Crack FT daripada Daerah Rompin. Turut sama hadir memeriahkan kejohanan sebagai panel penilai bagi pemilihan pasukan Futsal Pahang ialah saudara Zulhamizan Zakaria yang merupakan bekas pemain bola kebangsaan. Beliau telah turut sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan bersama-sama Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua!

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali, PBSD Raub
 
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
RAUB, 5 Julai - Sebanyak 22 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita yang terdiri daripada Johan serta Naib Johan setiap daerah turun ke venue pertandingan iaitu Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub bagi menyahut cabaran memenangi Kejohanan Futsal MSL2022 Peringkat Negeri Pahang bagi acara futsal (lelaki dan wanita). Bermula jam 8.00 pagi lagi para pasukan dengan semangat yang berkobar-kobar memulakan perlawanan masing-masing dengan mempamerkan aksi-aksi menarik. Sokongan daripada penonton juga telah sedikit sebanyak menghangatkan aksi perlawanan. Rata-rata penonton mempunyai pilihan pasukan masing-masing. Kesemua kontinjen daerah telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perjalanan program. Kerjasama yang baik juga turut diberikan kepada urusetia dan teknikal sepanjang program berlangsung. Kejohanan ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dimana wakilnya iaitu Encik Ahmad Salizam Haji Mohd Ghazali, Ahli Majlis PBNP telah hadir mewakili pihak Persatuan bagi Majlis Perasmian. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat.

#towardshsn2022pahang
 
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
RAUB, 5 Julai - MSL2022 Peringkat Negeri Pahang Membuka Tirai dengan penganjuran acara pertamanya iaitu Futsal (Lelaki dan Wanita). Sebanyak 22 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita yang terdiri daripada Johan serta Naib Johan setiap daerah mula berkampung di Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub bermula petang, 1 Julai 2022 di mana taklimat bagi pengurus-pengurus pasukan turut diadakan sebelah malamnya. Bermula jam 8.00 pagi gelanggang kejohanan dibuka, maka tirai MSL2022 Peringkat Negeri Pahang juga telah dibuka secara rasminya. Rata-rata pasukan telah mempamerkan aksi-aksi menarik dalam usaha untuk merebut kejuaraan kejohanan. Majlis Perasmian MSL2022 Peringkat Negeri Pahang telah dirasmikan oleh YB Dato Abd Aziz Haji, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap ADUN Batu Talam. Majlis Perasmian begitu meriah dengan perbarisan kontinjen-kontinjen daerah yang bertanding. Beliau turut berkesempatan menyaksikan beberapa perlawanan sebelum majlis bermula. Seusai majlis berakhir, beliau turut beramah mesra dengan pasukan bertanding, para jemputan serta para penonton. Perlawanan seterusnya disambung sebaik majlis berakhir.

#towardshsn2022pahang
 
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
ROMPIN, 5 Julai  – Pasukan Futsal Wanita, Crack FT meneruskan cabaran selepas layak ke SEPARUH AKHIR hari ini bagi Kejohanan Futsal  Wanita sempena Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Negeri Pahang yang sedang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Raub, Pahang. Semua pasukan berentap sengit dan menunjukkan kehebatan masing-masing bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Turut bersama-sama pada hari kedua pertandingan Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin dan Puan Rosliza Manap dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin bagi memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding bagi merebut kejuaraaan dan mengharumkan nama Rompin dan seterusnya mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.

#towardshsn2022pahang
 
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang