AYER KEROH, 4 Julai 2022 - Satu kunjungan dari Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka ke Pejabat Pengarah JBS Melaka telah dilangsung bertempat di Ibu Pejabat JBS Melaka, Ayer Keroh.
*
Pertemuan ringkas diantara Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka; Puan Nurul Huda Kamarul Zahari dan Pengarah JBS Melaka; Encik Khairul Adri Dato' Rosli turut membincangkan juga sebarang bentuk kerjasama diantara kedua agensi didalam program-program melibatkan pemerkasaan wanita dan juga kecergasan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
*
Turut sama hadir; Penolong Pengarah (Sukan), JBS Melaka; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.

#BAHAGIANSUKAN