Ayer Keroh, Melaka 20 Disember 2021 – Dalam usaha menyusun semula kerjasama strategic dengan pelbagai agensi dan institusi di sekitar daerah Melaka Tengah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Norazlin Binti Sarun telah membuat satu kunjungan perbincangan ringkas bersama En. Rahmat bin Ismail, Ketua Unit Pendidikan, Pemasaran & Jualan,  Jabatan Zoo & Taman Burung Melaka bagi mendapatkan idea berkenaan program-program yang boleh dirancang untuk golongan belia dan  remaja bagi tahun 2022. Perbincangan memfokuskan kepada program berbentuk khidmat masyarakat yang sesuai dilaksanakan oleh golongan muda di samping dapat membantu mempromosikan aktiviti di Zoo Melaka. Antara cadangan program yang disenaraikan adalah program mengecat dinding kawasan, melukis mural, membersih kawasan landskap dan membersih persekitaran kandang haiwan.Selain itu, Zoo Melaka yang berkeluasan 54 ekar turut sesuai dijadikan lokasi bagi mengadakan program program berbentuk hari keluarga, sukaneka, mencari harta karun, dan lain – lain. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah merancang untuk bekerjasama dengan mana-mana Pemimpin Anugerah Remaja Perdana daerah Melaka Tengah untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat kepada para peserta untuk dijadikan aktiviti bagi memenuhi catatan buku log mereka bagi tahun 2022. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah sangat mengalu-alukan penyertaan dari semua peserta dan para pemimpin ARP dan akan mengaturkan beberapa lagi siri perbincangan bersama rakan strategik yang lain bagi merealisasikan penganjuran program tersebut.