A’FAMOSA GOLF RESORT, 30 Jun 2022 – Telah berlangsung Kursus Pengenalan Asas ‘Golf Operation’ anjuran Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah pada 28 hingga 30 Jun 2022 bertempat di A’Famosa Golf Resort, Alor Gajah, Melaka.
Tuan Pengarah, Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Encik Mohd Hazan bin Haji Dahari turut turun padang berkongsi ilmu, minat serta bersama-sama peserta sepanjang program berlangsung. Antara yang terlibat dalam sesi kursus pada kali ini ialah Encik Rosmene bin Rasid selaku Tenaga Pengajar dari Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG),Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah selaku Pembimbing Simulasi Golf di lapangan serta bekas pelajar yang merupakan Alumni Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) , Saudara Lukman.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli kerana bersama-sama para peserta pada hari ke 3 program dalam modul ‘Tournament Arrangement’ dan Sesi Praktikal di lapangan. Kursus Pengenalan Asas ini dijalankan secara bersemuka antara lain bertujuan untuk membuka peluang kepada para belia setempat mendekati dan mengenali potensi kerjaya yang ada dalam industri golf.

#pbsdag