HANOI, 14 MEI - Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syafiq Asyraf Zulkarnain berkesempatan menemubual pemenang pingat emas bagi acara lontar tukul besi lelaki dan wanita di Temasya Sukan Sea Vietnam 2021 Jackie Wong dan Grace Wong.

Grace Wong berjaya merangkul pingat pertama bagi kontinjen olahraga Malaysia. Balingan sejauh 57.13 meter menerusi cubaan keempatnya itu menewaskan pesaing tradisi dari Thailand.
 
Jackie Wong juga turut merampas kejuaraan dari pesaing tradisi dari thailand, dengan menghadiahkan emas bagi acara baling tukul lelaki. Perlawanan sengit antara jackie dan Kittipong Boonmawan dari Thailand berpihak pada Jackie pada balingan terakhir dengan balingan sejauh 66.49 meter. Sadat Marzuki berkongsi detik manis dengan menyumbang gangsa bagi acara yang sama.
 
Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan perlumbaan final 200 meter wanita di tempat kelima dan Siti Fatima Mohamad menamatkan larian di tempat kelapan.
Manakala bagi acara final lelaki pula, Muhammad Arsyad Md Saat berada di tempat keempat dan seorang lagi pelari negara Jonathan Nyepa berada di tempat keenam.