home button

Kuala Lumpur

Cheras, 18 Jun 2022 - Sedang berlangsung Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2022 bertempat di Bilik Bunga Raya, Pusat Belia Antarabangsa Cheras dan merupakan anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah.Bengkel Tadbir Urus merupakan platform terbaik untuk semua pemegang jawatan pertubuhan belia bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam tadbir urus pertubuhan belia selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju diwakili oleh Encik Mohd. Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan. Turut serta Kelab Anak Muda Wangsa Maju dan Kelab Belia Wangsa Melawati.
Bukit Kiara, 15 Jun 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kawasan Batu / Wangsa Maju pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBSWPKL.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan dihadiri oleh Majlis Belia Kawasan Batu, Kelab Belia Sri Perak dan Kelab Silambam Kawasan Batu.Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini berbentuk mini karnival dan berteraskan enam segmen iaitu modal insan, ekonomi, daripada belia untuk belia, gaya hidup aktif, seni kreatif dan digitalisasi dan kenegaraan dan patriotisme yang merangkumi penyertaan secara fizikal atau secara atas talian. Turut dicadangkan pilihan tarikh dan lokasi Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kawasan Batu nanti.
Bukit Kiara, 8 Jun 2022 -  Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan  Muafakat Wawasan, Wangsa Maju bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju.Turut dibincangkan mengenai tatacara penubuhan kelab sukan Muafakat Wawasan yang bakal ditubuhkan sekitar Julai 2022.Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju telah diketuai oleh oleh Puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan dan ditemani oleh  Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan manakala Persatuan Muafakat Wawasan, Wangsa Maju diwakili oleh En Shah selaku Presiden Persatuan.
Sentul, 5 Jun 2022 -  Telah berlangsung dengan jayanya Program Malaysia Sport League (MSL) 2022 peringkat kawasan Wangsa Maju bagi acara sukan bola Keranjang (3 on 3) pada hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama. Program berkenaan merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama.Pasukan Ignight telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori lelaki manakala Pasukan Gdrake bagi kategori wanita pada kali ini dan akan mewakili Kawasan Wangsa Maju untuk bertanding di peringkat negeri nanti. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju. Program berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama para pemenang. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang.