home button

Kuala Lumpur

 

LEMBAH PANTAI, 11 Jun 2022: Gelanggang sepak takraw Kg. Pasir menjadi saksi pertarungan pertandingan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Kawasan Lembah Pantai hari ini.

Meskipun hujan renyai membasahi gelanggang, itu bukanlah halangan kepada pasukan yang bertanding untuk bertarung merebut takhta juara. Akhirnya penentuan juara berpihak kepada pasukan KP Rangers A dengan menewaskan pasukan KP Rangers B di tempat kedua. Manakala tempat ketiga ialah pasukan Pantai Permai dan Sri Pantai.

Syabas dan tahniah kepada pasukan yang menang dan tidak lupa juga keada pasukan lain yang telah bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Khairil Roy Azuan Bin Hj. Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai.

MSL 2022 Peringkat Kawasan Lembah Pantai dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai. MSL 2022 ialah pertandingan secara liga melibatkan 5 jenis sukan iaitu badminton, futsal, bola jaring, bola keranjang dan sepak takraw. Kesemua acara telah selesai dilaksanakan secara serentak di setiap daerah di Malaysia mulai Mac 2022 dan berakhir semalam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan MSL2022 peringkat Kawasan Lembah Pantai. Anda semua hebat!

Penghargaan khusus buat team Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai dan DBKL Lembah Pantai yang menjadi tulang belakang urus setia dalam memastikan kelancaran setiap pertandingan.

#MSL2022

#TeamLembahPantai #teamkualalumpur #JBSN #JBSWPKL

 

Bukit Kiara, 11 jun 2022- Telah selesai satu lagi program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Kuala Lumpur (KLFIT) .

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggerak kecergasan di sekitar Kuala Lumpur dengan jumlah penyertaan seramai 93 orang. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah JBS WPKL, En. Asmori bin Sa'ahari yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dengan adanya program seperti ini diharapkan dapat menggalakkan lagi masyarakat bersukan serta menceriakan lagi kemudahan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

#JBSNBersama #PEMBANGUNANSUKANJBSKL

#JBSWPKL

KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini telah menerima delegasi kunjung hormat daripada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi.Seramai 12 orang ahli Pergerakan Belia Inspirasi turut serta hadir kunjung hormat yang telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Lembah Pantai.Presiden Pergerakan Belia Inspirasi telah memperkenalkan barisan kepimpinan Pergerakan Belia Inspirasi Sesi 2022-2024. Sebanyak 4 cadangan kertas kerja telah dibentangkan untuk kerjasama program pada masa hadapan.Terima kasih kepada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi kerana telah sudi mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak
KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/ Bandar Tun Razak turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Sukarelawan Malayan Tiger Run Day 2022  yang di pengerusikan oleh Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi atau lebih dikenali dengan nama Inspiration Fitness Club (IFC). Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menyelaras tugas-tugas sukarelawan semasa Program Malayan Tiger Run Day 2022 akan diadakan pada 30 Julai 2022 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.Disediakan olehUnit BeritaPejabat Belia dan Sukan KawasanCheras/Bandar Tun Razak