home button

Kuala Lumpur

 

BUKIT KIARA, 18 Jun 2022 - Telah berlangsung Program Kelab Rakan Muda @KRM "Coffee Making Workshop" bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Belia disekitar Kuala Lumpur berumur 15-25 tahun telah menyertai program tersebut. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa.

Objektif utama program ini adalah untuk mengupayakan pembangunan potensi dan   kemahiran diri belia melalui Upskilling dan Reskilling kemahiran sesuai dengan pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda.

Program ini disempurnakan oleh Cik Magdelene Manjah, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSWPKL.

 

CHERAS, 18 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Belia dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat WP Kuala Lumpur anjuran  Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa  (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran adalah menjurus kepada 4 elemen utama iaitu MYKD, Pindaan Perlembagaan, Star Rating dan taklimat dari SPRM. Bengkel ini juga turut melibatkan Badan-Badan Gabungan di bawah Majlis Belia WP dan persatuan-persatuan tunggal di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta disampaikan oleh En. Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur diiringi  Pn. Hjh Siti Nazariah binti Hj Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar, Cawangan Pendaftaran, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Bahagian Pembangunan Belia, Unit Pembangunan Sosial JBS WPKL diwakili oleh Encik Mohd Khairi bin Nasir, Puan Malahayati binti Zahlan dan En Muhammad Amirul Hakim bin Mohd Rafie. Bengkel ini dihadiri seramai 54 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh persatuan/NGO di bawah WP Kuala Lumpur.

#KBS #jbskl

 

BUKIT KIARA, 17 Jun 2021:Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KBS 2021 secara hibrid yang telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu mengiktiraf seramai 102 orang warga JBSN termasuk 6 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan  WP Kuala Lumpur hari ini.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KBS ini diadakan setiap tahun bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga KBS untuk menyuntik semangat kepada seluruh warga kementerian agar mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti sepanjang masa.

Seluruh warga kerja JBSWPKL menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima APC JBSWPKL iaitu En.Javiques Badana Anak Joannis, Puan Siti Rahayu binti Rabudin, Puan Normiza binti Kadar Maidin, Puan Norlida binti Ismail, En.Mohd Fitry Azrul bin Nor Saafri dan En.Mohd Firdaus bin Dollah.

Turut hadir meraikan penerima APC Tuan Pengarah, En.Asmori bin Haji Sa’ahai, En.Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia, En.Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah Sukan, Cik Magdelene Anak Manjah, Penolong Pengarah Rakan Muda, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan serta pegawai kanan Jabatan.

Semoga momentum kejayaan dan kecemerlangan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang disamping menjadi titik permulaan kepada semangat kerja berpasukan serta berinovasi.  Tahniah dan syabas!!

 

BUKIT KIARA, 15 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Sukan telah menyertai Majlis Penutup Program Training Of Trainers Level 2 anjuran Persatuan Sukan Bermotor WP Kuala Lumpur.

Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian Pembangunan Sukan JBS WPKL diwakili oleh Encik Khairuddin bin Khalid.

#KBS #jbskl