home button

Kuala Lumpur

 

BUKIT KIARA, 25 Jun 2022: Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Wilayah Persekutuan Sidang  II Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 bertempat di Dewan Berjaya,  Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Sulit Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Mohamed Nizham Bin Abdullah Hamidi mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Persidangan MPBNWPKL telah dipengerusikan oleh YBhg Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Turut hadir Encik Lim Chow Kiat , Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Mohamed Naseer Mohamed, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan Agensi-agensi kerajaan yang dijemput hadir ke majlis ini.

Setelah diperhalusi di mesyuarat Pre-Council Usul, sebanyak Tujuh (7) usul diangkat , dibentang dan dibahaskan semasa persidangan berlangsung. Antara usul utama adalah Hub Belia dan ekonomi belia bandar dalam mendepani Pembangunan ekonomi yang semakin mencabar, Penubuhan Dewan Muda, insentif pelepasan bayaran yuran sekolah KAFA kepada ibu bapa muda dan B40 di Wilayah Persekutuan.

Terima Kasih diucapkan kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan diatas kebersamaan dalam bersama-sama menjayakan Persidangan kali ini. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.43 petang.

*Sumber: Majlis Belia Wilayah Persekutuan

#JBSWPKL

#MBWP

#MPBNWPKL

#MPBN

 

ULU YAM, 25 Jun 2022 - Telah berlangsung satu lagi program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Program Fresh2Fit Peringkat WP Kuala Lumpur siri 1.

Program ini merupakan program penjelajahan hutan dan bukit yang bertujuan untuk memupuk  serta menggalakkan peserta agar sentiasa bergerak aktif dan cergas di waktu lapang. Encik Rosmadi bin Darus daripada Kelab Rekreasi A to Z teoah dilantik sebagai Jurulatih dan jurupandu arah bagi program ini. Program ini telah berjaya menarik minat penggerak rekreasi dan penjelajahan lasak berjumlah seramai 35 orang.

 

BUKIT KIARA, 23 Jun 2022 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Pasukan Lompat Tali Malaysia yang di dalam percubaan untuk memecahkan rekod di dalam Malaysia Book of Records - "Most Skips Over A Single Rope in 1 Minute" pada 26 Jun 2022 bertempat di Pusat Beli Belah Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Seramai 15 orang peserta daripada Persatuan Lompat Tali Malaysia akan menyertai program ini. Majlis penyerahan bendera telah  disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Halman bin Salleh.

All the best buat team Jump Rope Malaysia!!

#jumprope #JBSN #HSN2022

 

LEMBAH PANTAI, 21 Jun 2022:Hari ini, team Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai bersama team Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di sekitar Lembah Pantai.  Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian lokasi bagi penganjuran Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kawasan Lembah Pantai.

Antara kawasan yang dilawati ialah Kompleks Sukan Bangsa, Pusat Komuniti Lembah Pantai, Padang PPR Kerinchi dan Pantai Eco Park.

Sambutan HBN Kawasan Lembah Pantai dijangka diadakan pada bulan Ogos 2022 nanti. Objektif peenganjurannya adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Beberapa aktiviti menarik telah dirangka untuk disertai oleh belia di Lembah Pantai. Sambutan

Nantikan perkongsian daripada kami dan Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai mengenai Sambutan HBN Peringkat Kawasan Lembah Pantai.

#lembahpantai #jbskl #hbn2022