home button

Kuala Lumpur

Putrajaya, 19 Jun 2022 : Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Asmori bin Hj. Sa’ahari diiringi oleh Pegawai Belia Kawasan Putrajaya, Puan Siti Rahayu binti Rabudin di Majlis Perasmian Kejohanan MSL Putrajaya 2022.Pada MSL kali ini terdapat 4 Acara telah dipertandingkan iaitu Bola Jaring, 3 on 3 Bola Keranjang, Sepak Takraw dan Futsal. Program ini telah disertai oleh sekolah-sekolah, Persatuan Sukan & Badan Kerajaan sekitar Putrajaya.MSL merupakan penganjuran kejohanan sukan untuk semua di peringkat komuniti melibatkan beberapa acara sukan antaranya futsal, bola jaring, badminton, sepak takraw dan bola keranjang (3 on 3).MSL Putrajaya 2022 merupakan penutup bagi kejohanan ini yang telah berlangsung sejak April 2022 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tahun 2022.Diharapkan dengan pengajuran acara ini akan merancakkan lagi sukan di peringkat komuniti di samping menggalakkan bakat-bakat anak muda ke persada sukan.Semua pasukan yang memenangi tempat pertama & kedua akan mewakili Parlimen Putrajaya ke Peringkat Negeri yang dijangka akan berlangsung pada bulan Julai nanti.Untuk info lebih lanjut boleh melayari laman social Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya.
BUKIT KIARA, 28 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Sukan,  Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Let's Get Fit Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.Program berbentuk aktiviti senamrobik ini telah dilaksanakan bersama dengan kakitangan JBS WPKL bertempat di Perkarangan Lobi Jabatan. Seramai hampir 30 orang kakitangan menjayakan program ini yang menampilkan dua orang Instruktur kecergasan WP Kuala Lumpur iaitu Coach Aidil dan Coach Sharina. Turut memeriahkan program ini adalah Timbalan Pengarah JBS WPKL, Encik Lim Chow Kiat.Diharapkan program kecergasan seperti ini dapat memberi impak kesihatan dan kecergasan yang baik kepada masyarakat.#jbskl

 

Kepong, 24 Jun 2022 - Telah berlangsung mesyuarat Mini Karnival Hari Belia Negara (HBN) Kawasan Kepong Bil 1/2022.Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Norhizamudin bin Mokhtar Rudin, Pengurus Cawangan DBKL Kepong di Pejabat DBKL Kepong.Mesyuarat dihadiri oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk,Jabatan Korporat DBKL, Jabatan Landskap Taman Metropolitan Kepong, PEMADAM Caw. KEPONG, Jabatan Penguatkuasaan,Jabatan DBKL Pelaksana, Pengerusi Kelab Belia serta Jabatan Pengangkutan DBKL.Mesyuarat membincangkan tentang pelaksanaan serta agensi yang akan terlibat untuk sambutan HBN Kepong.

#roadtohbn2022 #kepong #inimasakita #jbsnbersama

 

TELUK BATIK, 25 Jun 2022: Program Team Building Sekretariat Rakan Muda IPT telah dijalankan selama 2 hari bertempat di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, Perak. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dan pegawai IPT serta Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) bagi Zon Tengah (Perak, Selangor dan Kuala Lumpur).

Puan Nurul Izzati Raihan Binti Idris, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai telah hadir ke program ini selaku wakil tunggal JBSWP Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah bertujuan memperkukuhkan peranan Sekretariat Rakan Muda IPT sebagai agen pembangunan belia, membina hubungan kerjasama strategik di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan Jabatan Belia dan Sukan Negara/Negeri, serta menyediakan platform perkongsian idea dan aspirasi Sekretariat Rakan Muda IPT.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti rekreasi, permainan explorace berkumpulan, riadah di tepi pantai, jungle trekking dan gotong-royong membersihkan sampah di kawasan sekitar pantai. Majlis Penutup bagi Program Team Building Sekretariat Rakan Muda IPT telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Perak, Tuan Saufi Ibrahim.

Bagi anda yang berada di IPT tetapi masih belum menubuhkan Sekretariat Rakan Muda, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negara Rakan Muda untuk maklumat lanjut. Banyak aktiviti dan manfaat yang boleh diperolehi oleh belia melalui penubuhan Sekretariat Rakan Muda IPT.

#lembahpantai #JBSNBersama #TeamJBSN #KeluargaMalaysia #jbskl #rakanmuda