home button

Kuala Lumpur

BUKIT KIARA, 01 JULAI 2022 : Telah berlangsung Sesi Taklimat dan Pelepasan Peserta di Bilik Kuliah 2, Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur yang disertai seramai 40 orang peserta belia berpersatuan sempena Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Peringkat WP Kuala Lumpur 2022 (Siri I). Program KPO merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa & Kelab Belia Transformasi Taman Setiawangsa (KBTTS).Kursus ini akan berlangsung bermula 01 hingga 03 Julai 2022 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
BUKIT KIARA, 30 Jun 2022: Satu taklimat dan perbincangan khas melibatkan urusetia program yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan WPKL bagi pelaksanaan Program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Siri 1 telah diadakan hari ini.Tujuan perbincangan diadakan adalah sebagai persiapan terakhir bagi melicinkan perjalanan program meliputi pergerakan peserta program, Sesi Ice Breaking, jadual perjalanan program serta aktiviti sepanjang kursus diadakan.Program KPO merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa serta Kelab Belia Transformasi Taman Setiawangsa (KBBTS). Program akan dilaksanakan bermula 01 hingga 03 Julai 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan akan melibatkan seramai lebih kurang 40 orang peserta belia berpersatuan.
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022:Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)dan Smart Community Center (SCC)telah menganjurkan Program Webinar Youth Digital Peringkat WP Kuala Lumpur Siri 1/2022 menerusi Aplikasi Zoom dan FB Live. Kupasan tajuk webinar bagi Siri 1 adalah mengenai Peluang Kerjaya Ekonomi Digital dan telah disampaikan oleh Puan Junaida Orangzib, Pengurus Kanan MDEC. Perkongsian informasi dan peluang yang disediakan oleh pihak MDEC telah berjaya menarik lebih daripada 300 orang peserta program melalui kedua-dua platform siaran. Program webinar ini akan dijalankan sebanyak 10 siri bermula Jun 2022 dengan kupasan tajuk yang berbeza dan menarik. Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan peluang pekerjaan dalam konteks keusahawanan, pertanian dan ekonomi digital secara langsung kepada belia melalui pelbagai medium penyampaian bagi mengurangkan kadar pengangguran belia. Bagi belia atau usahawan yang berminat ingin menyertai webinar siri seterusnya, sila layari laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur untuk mengetahui informasi program atau menghubungi Unit Pembangunan Ekonomi JBSWPKL di talian 03-20815800.
BUKIT KIARA, 21 Jun 2022:Telah berlangsung sesi latihan secara bersemuka bagi proses sebut harga melalui Sistem ePerolehan bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Ria, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.Puan Norzamzila binti Adnan, Pegawai Penyelaras daripada Commerce Dot Com Sdn Bhd telah hadir ke Jabatan bagi memberikan latihan Modul Sebut Harga Sistem ePerolehan kepada Cik Siti Sarah binti Azizan, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (PPTK) dari Bahagian Pengurusan JBSWPKL. Puan Norzamzila adalah Pegawai Penyelaras Kementerian Kementerian yang bertanggungjawab membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Belia dan Sukan berkaitan Sistem ePerolehan. Sesi latihan secara "one to one" ini adalah penting untuk menambah kemahiran menggunakan Sistem ePerolehan bagi modul sebut harga seterusnya memberikan pemahaman yang tepat berkaitan peranan sebagai urusetia dan setiausaha jawatankuasa sebutharga di dalam Sistem ePerolehan. Turut hadir sama di dalam sesi ini adalah Cik Maizatul Akmal binti Mohamad, Pembantu Tadbir dari Pejabat Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara yang terlibat secara langsung di dalam pelaksanaan sebut harga Jabatan.