home button

Kuala Lumpur

 

BUKIT KIARA, 18 Mei 2022 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu telah berkesempatan untuk melawat Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada sebelah petang tadi. Beliau yang segak mengenakan baju melayu lengkap bersampin telah berbesar hati untuk meluangkan sedikit masa beliau di Asrama Kompleks sebelum berangkat menghadiri rumah terbuka yang diadakan di lokasi yang berhampiran dengan Kompleks.

Pegawai-pegawai kanan Jabatan, diketuai oleh Tuan Pengarah dengan berbesar hati telah menyambut ketibaan beliau di Lobi Kompleks.

 

Bukit Kiara, 10 Mei 2022 -  Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerak Kawasan Wangsa Maju bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju.

Turut dibincangkan mengenai pelaksanaan MSL di peringkat kawasan Wangsa Maju.

Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju telah diketuai oleh oleh Puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan dan ditemani oleh  Encik Safian bin Mat Sahat Pembantu Belia dan Sukan manakala Pengerak Kawasan Wangsa Maju diwakili oleh Encik Fairuz.

 

18 Mei 2022, Bukit Kiara - Telah selesai Majlis Pra Pelancaran Malaya Tiger Run Day 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

Program Malaya Tiger Run Day 2022 ini merupakan program anjuran Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Program akan dilaksanakan pada bulan Julai 2022 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.

 

11 Mei 2022, Cheras - Sanitasi mingguan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Chers/Bandar Tun Razak telah dilakukan oleh pejabat pengurusan Kompleks Belia dan
Sukan Kuala Lumpur.

Ini memastikan kaedah pencegahan COVID-19 mash tetap diteruskan di kala SOP telah banyak dilonggarkan.