KELANTAN, 26 JANUARI 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dijemput bersama-sama Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan ke Sesi Pembentangan dan Penyelarasan Program di Bawah Portfolio Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan pada 18 - 20 Januari 2022 bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah untuk penyelarasan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2022. Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut membentang perancangan program pada tahun 2022 melibatkan 12 program dari 3 unit iaitu Unit Pembangunan  Ekonomi, Unit Pembangunan Sosial dan Unit Pembangunan dan Kepimpinan Sahsiah.Antara program yang dibentangkan ialah Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan, Youth Business Carnival Peringkat Negeri Kelantan dan Anugerah Perdana Belia Negara. Semoga perancangan untuk tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan sebaiknya agar dapat memberi manfaat kepada belia di luar sana. Disediakan oleh Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Belia,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.