KELANTAN, 27 JANUARI 2022 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dikunjungi oleh pihak Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bermula 16 hingga 18 Januari 2022. Pengauditan tersebut merangkumi semakan terhadap tiga kawalan iaitu Kawalan Pengurusan yang diketuai oleh Puan Nor Aliza Syamsinar bt Shabuddin, Kawalan Terimaan diketuai oleh Puan Rusilawati bt Ibrahim dan Kawalan Pengurusan Aset dan Stor diketuai Puan Nursida bt Yaacob.Semakan pengauditan di buat meliputi tahun kewangan bagi tahun 2021 dengan semakan rekod-rekod pentadbiran dan dokumen kewangan di KOMBES Kelantan. Objektif pengauditan dijalankan bagi mewujudkan sistem kawalan dalaman berkesan terhadap pungutan hasil, perolehan, perbelanjaan, aset dan stor serta kenderaan jabatan selain memastikan rekod yang berkaitan disemak dan kemaskini.Piahk KOMBES Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Audit yang hadir telah memberi banyak tunjuk ajar dan panduan di dalam pengurusan kewangan bagi memastikan peraturan dan Arahan Perbendaharaan Kerajaan sentiasa dipatuhi.Disediakan oleh  : Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan