KELANTAN, 5 JULAI 2022 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Penyertaan Kontinjen Para Negeri Kelantan ke Temasya Sukan Para Sukma XX MSN 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Kelantan serta Jurulatih dan Penggerak Sukan Para Negeri Kelantan.

Tujuan mesyuarat diadakan bertujuan penyelarasan penyertaan atlet yang akan menyertai temasya yang dijadualkan akan dilangsungkan pada 1 hingga 6 November 2022 bertempat di Kuala Lumpur.

Hadir mempengerusikan mesyuarat adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSN Kelantan, Turut hadir Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah JBSN Kelantan serta Pegawai- pegawai di Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan