MACHANG, 25 NOVEMBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang diberikan kepercayaan penuh oleh Ketua Jajahan Machang untuk menguruskan Kontinjen Jajahan Machang bertanding di Karnival Sukan Antara Jajahan Kelantan bagi tahun 2021. Karnival mempertandingkan beberapa cara antaranya adalah Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Bocce Pantai, Petanque, Fun Ride dan Bola Jaring Shot Out. Segala persiapan telah diadakan bagi menyiapkan kontinjen samada dari pengurusan, pakaian dan lain-lain. Peruntukan persiapan kontinjen melalui Majlis Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang. Gambar di atas adalah mesyuarat pengurus acara sukan bocce dan bola sepak pantai bertempat di Majlis Sukan Negeri Kelantan.Disediakan oleh :  Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang