MACHANG, 25 NOVEMBER 2021 – Kontinjen Jajahan Machang beraksi di pentas sukan Karnival Sukan Antara Jajahan Kelantan julung-julung kali diadakan bagi tahun 2021 bertempat di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh pada 18 November 2021 yang lalu telah disertai oleh semua jajahan di negeri Kelantan. Seramai 50 orang pemain telah mewakili jajahan Machang terdiri daripada kakitangan jabatan, agensi persekutuan dan negeri serta NGO. Karnival ini mempertandingkan beberapa cara antaranya adalah Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Bocce Pantai, Petanque, Fun Ride dan Bola Jaring Shot Out. Acara sukan yang dimenangi oleh Kontinjen Jajahan Machang iaitu tempat ketiga sukan bocce, sukan bola jaring dan johan sukan petanque. Karnival Sukan Antara Jajahan Kelantan 2021 telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Kelantan dengan peraarakan masuk kontinjen dari Jajahan seluruh negeri Kelantan. Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang juga turut mengambil bahagian dalam acara sukan Bocce. Gambar adalah suasana acara sukan bocce, petanque dan bola tampar pantai dan perarakan kontinjen jajahan Machang di pentas utama. Disediakan oleh :  Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang