MACHANG, 25 NOVEMBER 2021 – Bertempat di Taman Rehlah acara sukan baru diperkenalkan dan julung kali dianjurkan di negeri iaitu Sukan Bocce Pantai. Klinik Asas Sukan Bocce ini dianjurkan oleh Persatuan Persekutuan Sukan Boules Bocce Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan. Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan sukan serta mencari bakat baru bagi persiapan SUKMA 2026. Penyertaan seramai 40 orang daripada setiap jajahan. Klinik berlangsung selama dua (2) jam iaitu 4.00 petang hingga 6.00 petang lebih kepada pembelajaran secara praktikal di atas gelanggang mengikut format bocce pantai. Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup turut menyertai untuk menimba ilmu baru.Disediakan oleh :  Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang