home button

Kelantan

rm53 2 rm53 1

KELANTAN, 24 MEI 2022 – Seramai 50 orang peserta daripada Sekreteriat Rakan Muda IPT dari negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang telah hadir Ke Program Team Building Rakan Muda IPT Peringkat Zon Timur yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Seramai 12 orang peserta dari negeri Kelantan yang mewakili Sekreteriat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan,Politeknik Kota Bharu dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok telah hadir ke program ini yang bermula pada 20 Mei 2022 hingga 21 Mei 2022.Program yang dianjurkan ini diharap dapat memberi pendedahan dan tatacara mengendalikan Sekreteriat dengan lebih berkesan di setiap IPT yang terpilih.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

rm52 1 rm52 2

KELANTAN, 24 MEI 2022 – Program Jom Derma Darah @ KBS Negeri Kelantan Siri 2 Tahun 2022 telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 20 - 21 Mei 2022, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Mydin Hypermarket, Tunjong Kota Bharu. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Mydin ini bertujuan untuk membantu jumlah tabung darah hospital dan menggalakkan lebih ramai belia-belia khususnya untuk menderma darah. Program pada kali ini menyasarkan penderma seramai 100 orang dan alhamdulilah penderma yang hadir untuk menderma melebihi sasaran iaitu seramai 124 penderma.

Pihak Jabatan mengucapkam terima kasih kepada penderma- penderma darah yang hadir dan pihak- pihak yang membantu untuk membuat hebahan program.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

machang53 1 machang53 2

MACHANG, 24 MEI 2022 – Pasukan Frenz BC telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Badminton Berpasukan Malaysia Sport League (MSL) Daerah Machang 2022. Tempat ke dua dimenangi oleh Pasukan Uitm Machang.Tempat Ketiga bersama di menangi oleh Pasukan Ma’Ariff  dan Pasukan MRC .Hadiah disampaikan oleh  Encik Muhammad Fadzly bin Ramly, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan diiringi oleh Encik Mohd Sarimat bin Salleh Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh : Urusetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

machang53 3 machang53 4

MACHANG, 24 MEI 2022 – Tahniah kepada semua warga Machang yang menyertai Kejohanan Badminton Berpasukan Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Daerah Machang 2022. Kejohanan tersebut berlangsung di Gelanggang Badminton All Sport Kolam Abu Machang.

Sebanyak 8 pasukan telah berentap bagi mendapatkan gelaran juara sekaligus mewakili Daerah Machang ke Pertandingan MSL Peringkat Negeri.

Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Pegawai Pemantau dari JBSN Kelantan. Turut hadir pada pertandingan tersebut adalah Encik Muhammad Fadzly bin Ramly, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh : Urusetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang