BALING, 24 JANUARI 2021 – Program Jati Diri Kumpulan merupakan salah satu pengisian dalam Bengkel Pemantapan Belia Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung pada 20 hingga 22 Januari 2022 di Baling, Kedah. Program ini merupakan aktiviti berkayak yang bermula dari Sungai Ketil hingga ke Kampung Lubok Pedati, Baling. Pada awalnya, semua peserta diberi taklimat tentang penggunaan alatan dan cara berkayak sebelum dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mula berkayak. Turut serta dalam aktiviti tersebut, Tuan Pengarah, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, dan Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Bahagian Pernbangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH (JBSNK)