SIK KEDAH, 03 JULAI 2022 – Satu lawatan berkenaan Aspek Pengurusan Keselamatan Pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Tuan Pengarah JBSN Kedah bersama Timbalan Pengarah Belia, Timbalan Pengarah Sukan dan Pegawai Tadbir (EO) turut disertai oleh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah di Kedah melakukan lawatan melihat tatacara pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dari segi Aspek Pematuhan Keselamatan Jabatan yang merangkumi Komitmen Pengurusan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi dan ICT.

Hadir bersama Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bersama-sama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)