BALING, 24 JANUARI 2021 – Telah berlangsung Bengkel Pemantapan Belia Peringkat Negeri Kedah, anjuran Bahagian Pembangunan Belia, JBSNK dengan kerjasama  Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara pada 20 hingga 22 Januari 2022 di Pusat Latihan Wilayah Utara (PULAPAU) Baling, Kedah. Bengkel yang disertai oleh 50 orang peserta terdiri daripada pegawai serta pegawai unit belia di PBSD dan barisan pimpinan tertinggi Majlis Belia Negeri serta Badan Gabungan Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini sarat dengan pelbagai info berkaitan pendaftaran, pembatalan, dan penyediaan MYKD pertubuhan. Pada hari terakhir, para peserta  berpeluang mendengar perkongsian serta bersoal jawab bersama Pendaftar Pertubuhan iaitu Encik Badari bin Awang Damit. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH (JBSNK)