home button

Kedah

BANDAR BAHARU –  23 Mei 2022 –  Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) telah menganjurkan Kursus Kayak Anugerah Bintang 1 bertempat di Serdang Lake View Resort pada 20 - 22 Mei lalu.

Kursus ini telah disertai olah 29 peserta dari seluruh negara ini mempunyai tiga bahagian iaitu teori, praktikal dan ujian. Pada bahagian ujian, ianya terbahagi kepada dua iaitu ujian praktikal berkayak dan ujian bertulis kefahaman sepanjang kursus ini.

Tumpuan utama  Kursus ini ialah terhadap pengenalan dan kemahiran berkanu. Ianya direka khusus sebagai persediaan asas kemahiran berkanu di kalangan penggiat kanu dan mewujudkan suasana aktiviti berkanu yang selamat dan menyeronokkan.

Majlis Perasmian Penutup Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu telah disempurnakan oleh Encik Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Turut hadir bersama Muhammad Nur Syafiq Norasri, Ketua Jabatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Ahmad Nazit Rashid, Setiausaha Persatuan Kanu Negeri Kedah.

DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)

BANDAR BAHARU –  23 Mei 2022 –  Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang telah berlangsung pada 19 Mei lalu bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Turut menganjurkan majlis tersebut ialah Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Haji Rohaizad  Rashid telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut yang turut disertai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Puan Pengerusi bersama AJK PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua / wakil-wakil Jabatan / Agensi dalam Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU –  23 Mei 2022, Sebanyak 16 pasukan telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang telah dilaksanakan 21 Mei lalu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu.

Pasukan MPJG telah memenangi pertandingan ini merangkul hadiah wang tunai bernilai RM 600.00 dan pingat manakala Naib Johan  dirangkul oleh pasukan Kolam Air “A” membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 400.00. Astaga ’C’ dan River Bleed ‘C’ pula memenangi tempat ketiga dan keempat dengan hadiah wang tunai bernilai RM 200.00.

Majlis penyampain hadiah dan pingat telah disempurnakan oleh Encik Rahmat Asyraf Bukhari, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu disaksikan oleh Shamsul Qamar Shamsudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

DISEDIAKAN OLEH : FARIZA BT. GHAZALLI (PBSD BANDAR BAHARU)

BALING, 21 MEI 2022 – Telah berlangsung pertandingan Sepak Takraw Malaysian Sports League (MSL) peringkat daerah Baling bagi tahun 2022 pada  Mei 2022 yang lalu di Kompleks Rakan Muda Daerah Baling yang dianjurkan oleh PBSD Baling dan kerjasama Persatuan Bola Jaring Daerah Baling.

Pertandingan yang dijalankan berlangsung sehingga ke petang hari dengan pasukan KSK Kupang telah berjaya menjadi johan bola jaring MSL peringkat daerah Baling tahun 2022.

DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)