KWN Gunung Pulai, 28.07.2022 - YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor telah mengadakan kunjungan ke Kem Wawasan Negara Gunung Pulai. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk meninjau kemudahan yang ada di kem selain mengadakan sesi ramah mesra bersama warga iLEAD.

Pada sesi tersebut, YB Tuan Mohd Hairi dan rombongan telah diberi taklimat oleh Encik Khairil, Ketua Kem berkaitan dengan operasi serta kemudahan yang ada di kem tersebut. YB Tuan Mohd Hairi pada ucapan beliau telah menekankan kepentingan kerjasama antara semua pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan belia untuk memastikan agenda pembangunan anak muda di negeri johor terus diperkukuhkan.

Turut hadir pada kunjungan tersebut adalah Encik Mohamad Mazlan Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Mohammad Alif Dato’ A Rahim, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor serta wakil dari JOYDEC, Institut Dato’ Onn (IDO) dan Majlis Belia Daerah Kulai.

#BeliaJohor

#iLeadKBS

#IniMasaKita

#TeamJBSN

#DariBeliaUntukBelia

#AgendaNasionalMalaysiaSihat

 

Disediakan oleh JBSN Johor