PONTIAN, 30 Oktober 2021 - Sukarelawan MyVAC Daerah Pontian secara rasminya telah menamatkan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Pontian hari ini. Seramai 17 orang Sukarelawan MyVAC terakhir telah hadir bertugas di PPV Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, Pontian bagi membantu pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian untuk proses pemberian vaksin kepada 900 orang pelajar sekolah.

Sepanjang berlangsungnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Pontian, seramai 124 orang Sukarelawan MyVAC telah bertugas di ketiga-tiga PPV iaitu di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Dewan Serbaguna MPPn Benut dan Dewan Jubli Intan Tunku Ismail, Pekan Nanas.

Di hari terakhir ini, telah diadakan sedikit jamuan sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas selepas selesai pemberian vaksin dilakukan. Encik Haszuan b. Sapuan selaku penyelaras Sukarelawan MyVAC Pontian melahirkan rasa syukur dan terharu atas komitmen yang diberikan oleh semua Sukarelawan MyVAC. Turut hadir YBhg, Puan Dr. Surinah Binti Asan, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Sukarelawan MyVAC atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.

#SukarelawanMyVAC

#PrihatinMahirDinamik

#RakanMuda

Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian.