SEGAMAT 2 Jun 2022: Sesi taklimat dan undian pasukan, pertandingan futsal (lelaki dan wanita) "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat, yang dipengerusikan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus. Sebanyak 17 pasukan futsal lelaki dan 5 pasukan futsal wanita telah mendaftar dan akan bertanding pada 4 Jun 2022 di Segamat Futsal Centre.

Sebelum itu telah diadakan perbincangan bersama Majlis Belia Daerah Segamat bagi pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Segamat di Hub Belia Jalan Kolam Air. Perbincangan tertumpu pada pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan semasa Sambutan Hari Belia Negara (HBN) pada Julai 2022.

Disediakan oleh PBSD Segamat