PONTIAN, 28 Mei 2022 - Pasukan Sepak Takraw MPPn membuktikan kehebatannya apabila membolot semua Hadiah Wang Tunai sebanyak RM1400 hari ini. Pertandingan yang bermula jam 9.00 pagi itu di sertai 16 pasukan yang majoritinya adalah penduduk Pontian dan berlangsung di Dewan Muafakat MPPn, Taman Sri Sentosa, Pekan Nanas.

Manakala di DBC SPORTS ARENA, Taman Nilam pula berlangsungnya Pertandingan Badminton Berpasukan bagi merebut Hadiah Wang Tunai keseluruhan sebanyak RM2300. Dalam pertandingan tersebut, Pasukan YES SPORT telah menjadi Johan yang mengalahkan Pasukan INFINITY A. Tempat ketiga bersama ialah Pejabat Daerah Pontian dan pasukan INFINITY B. Untuk rekod, Sebanyak 7 pasukan telah menyertai MSL2022 Pontian Badminton Berpasukan ini.

Kedua-dua Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama Encik Mat Rashid bin Jahlil, Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor dan Encik Mohd Razi Masuan, Persatuan Pengadil Sepak Takraw Daerah Pontian.

Turut sama memeriahkan Pertandingan ialah dengan kehadiran YB. Puan Hasrunizah Hassan, ADUN Pulai Sebatang dan YB. Encik Tan Eng Meng, ADUN Pekan Nanas yang memberi sokongan moral kepada pemain-pemain.

Pertandingan kedua-dua Acara ini tamat kira-kira jam 7.00 malam.

Terima kasih atas sokongan anda!

#MalaysiaSportsLeague2022

#SukanUntukSemua

#SukanMenjanaPerpaduan

Disediakan oleh PBSD Pontian