LARKIN, 25 April 2022 - Sesi Taklimat kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSJ) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Sesi tersebut melibatkan seramai 40 orang yang terdiri daripada pihak Pengurusan dan warga kerja JBSJ di Negeri Johor.

Taklimat disampaikan oleh YBrs Tuan Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBSJ berkenaan ringkasan maklumat Jabatan dari segi struktur organisasi, perjawatan, program dan peruntukan.

YB Tuan Mohd Hairi turut menyampaikan amanat beliau kepada warga kerja JBSJ mengenai visi dan misi beliau khususnya terhadap portfolio belia dan sukan di Negeri Johor.

Warga kerja JBSJ turut berpeluang beramah mesra bersama YB dan kunjungan diserikan dengan sesi bergambar.

#jbsj

#jbsnbersama

#teamkbs