ISKANDAR PUTERI, 27 Mac - Sesi ramah mesra Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor bersama Ketua-Ketua Jabatan di bawah portfolionya telah diadakan hari ini bertempat di Sekretariat Sukma.

Dalam pertemuan tersebut turut hadir Yang Berhormat Dato' Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan). Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah dihadiri oleh Pengarah, Encik Shamsuhaime bin Basir, yang turut memberi taklimat ringkas berkaitan peranan dan fungsi Jabatan dalam pembangunan belia dan sukan.

YB Tuan Mohd Hairi dijadualkan untuk mengadakan lawatan kerja ke pejabat-pejabat agensi dan Jabatan di bawah portfolionya bagi sesi libat urus bersama warga kerja Jabatan.

Terima kasih YB.

#jbsnj

#JBSNBersama

#kbsmalaysia

Disediakan oleh JBSN Johor