JOHOR BAHRU, 7 April 2022- Bahagian Pembangunan Sukan OKU JBSJ telah mengadakan sesi perbincangan secara dalam talian bersama Penggerak dan Jurulatih Sukan PARA. Perbincangan adalah berkaitan dengan isu pencarian bakat baru, persiapan atlet ke Temasya Sukan PARA SUKMA di Kuala Lumpur dan Klasifikasi atlet serta hala tuju pembangunan sukan PARA khusus di Negeri Johor.

Turut hadir ialah Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam dan Puan Manisah binti Mohammad yang mewakili JBSJ, dan Doktor Rahidah daripada Hospital Permai Johor.

#JBSJohor

#JBSNBersama

#MakmurJohor

Disediakan oleh JBSN Johor