PONTIAN, 27 November 2021 - Pejabat Ahli Parlimen Pontian dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian telah melaksanakan Sesi Lawatan Penilaian Kategori Pertubuhan Belia Cemerlang hari ini.Sebanyak 3 Pertubuhan Belia Parlimen Pontian telah disenarai pendek untuk penilaian Kategori Pertubuhan Belia Cemerlang Tahun 2021. Pertubuhan tersebut ialah Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pontian, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Jalan Nipah dan Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai.Penilaian ini diadili oleh 3 orang Panel Penilai yang dilantik oleh YB. Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Ahli Parlimen Pontian iaitu YBrs Encik Mohd Zulhafiz bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian, Saudara Mohd Iskandar bin Selamat, YDP Majlis Belia Daerah Pontian dan Encik Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.Jangka masa Penilaian yang dilakukan ini telah bermula jam 11.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.00 petang.Syabas dan Tahniah!Semoga beroleh kejayaan!!! #DekadIniDekadAnda#KeluargaMalaysia#HariBeliaNegara2021 Disediakan oleh PBSD Pontian