MERSING, 25 JULAI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah memenuhi undangan Pejabat Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor yang telah mengunjungi daerah Mersing bagi mengadakan sesi libat urus bersama-sama para belia di daerah ini pada 24 Julai 2022 (Ahad) bertempat di Mersing Harbour Centre.

Sesi ini diadakan bagi bertujuan untuk memberikan pendedahan bantuan keusahawanan dan pencerahan-pencerahan bagi isu-isu berkaitan keusahawan.

Sesi yang bermula jam 10 pagi dimulai dengan taklimat daripada beberapa agensi iaitu, Institut Dato’ Onn (IDO), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB), Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor (SMI), TEKUN Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), SME Corporation Malaysia Negeri Johor dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor Wilayah Kota Tinggi/Mersing. Majlis pada hari ini juga dimeriahkan oleh kedatangan ikon-ikon Johor iaitu Encik Shahrol Azizie atau dikenali sebagai Shahrol Shiro dan Encik Khailil Razak atau dikenali sebagai Ustaz Tido.

"π™ˆπ™€π™π™Žπ™„π™‰π™‚ π˜½π™€π™π™Žπ™„π™ƒ π™†π™€π™Žπ˜Όπ™”π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™†π™„π™π˜Ό"

#PBSDMersing

#SesiLibatUrus

Disediakan oleh PBSD Mersing