Batu Pahat, 12 Januari 2022 - Sesi kunjungan hormat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat ke atas Encik Ezahar bin Abu Sairin, YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat yang baharu dan juga Encik Abdul Karim bin Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pertemuan dua hala ini merupakan salam perkenalan & ucapan selamat datang ke daerah Batu Pahat. Sesi ini dimulakan dengan pembentangan daripada Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat berkenaan fungsi & peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pahat serta gerak kerja pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Daerah Batu Pahat secara ringkas.Semoga hubungan kerjasama yang sedia ada ini dapat dieratkan lagi menerusi program/ aktiviti pembangunan belia dan sukan di daerah Batu Pahat. #PBSDBP#kbsmalaysia #BatuPahat#kunjunghormat#MPBP Disediakan oleh PBSD Batu Pahat