Johor Bahru, 10 Mei 2022 - Seramai empat (4) orang Penolong Pegawai Belia Dan Sukan (S29) baru telah melapor diri pada hari ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Pegawai tersebut adalah Encik Afiq Akmal bin Razali, Encik Muhamad Izham bin Ahmad, Cik Glendalyn Johny dan Cik Nur Naimah binti Mahmood.

Satu sesi taklimat bersama Pengarah, Encik Shamsuhaime bin Basir telah diadakan pada pagi ini dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Tahniah dan syabas diucapkan! Laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam yang amanah dan berintegriti.

#jbsjohor

#kbsmalaysia

Disediakan oleh JBSN Johor