Kluang, 30 Oktober 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor telah mengadakan aktiviti Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2021 bersempena Program Sesi Libat Urus Lawatan Menteri Besar Johor bersama Kepimpinan Daerah Kluang sempena Belanjawan Johor 2022 bertempat di Ngepot Kabin, Kluang.

Program Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan turut dilaksanakan pada hari yang sama secara serentak di seluruh negara dan disiarkan secara maya melalui persidangan video. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya Mr. Badang perkasa, Motor Cantik, Street Soccer (3 On 3), dan Bola Jaring (3 On 3).

Turut hadir Y.A.B. Dato’ Haji Hasni bin Mohamad Menteri Besar Johor, Y.B. Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Daerah Kluang.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan Ngepot Kabin, Kluang kerana sudi bekerjasama dan memberi kebenaran untuk penggunaan tempat sebagai tuan rumah penganjuran program.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sosial JBSN Johor

#HBN2021

#ngepotkabin@kluang

#AkuBudakKluangDay2021

#ABK