PONTIAN, 14 April 2022 - Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian sedang menganjurkan program Tadarus Al-Quran dari 4 April hingga 24 April 2022 yang dijalankan di Surau Asrama SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Seramai 48 orang peserta dalam kalangan remaja dan belia berumur 15-25 tahun dapat menyertai program tadarus ini dan dipantau oleh 2 orang pembimbing yang dilantik.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan lagi diri masyarakat terutamanya remaja dan belia untuk membaca Al-Quran. In Shaa Allah.

#RakanMudaRamadan

#PrihatinMahirDinamik

#JBSNBersama

Disediakan oleh PBSD Pontian